Cetak Kotak Custom & Print Kotak Packaging Malaysia
Cetak kotak custom bermaksud menghasilkan kotak packaging mengikut saiz, material dan design jenama anda sendiri — bukan kotak siap yang dibeli pukal. BOXCO ialah rakan packaging berpanduan dari Pontian, Johor yang menguruskan design, production dan penghantaran dari mula hingga siap, untuk jenama di seluruh Malaysia dan Singapura.
MOQ kami 500 pcs per saiz/design. Setiap projek diberi quotation berasingan mengikut saiz kotak, material, kuantiti dan finishing.

Apa itu cetak kotak custom?
Kotak custom dicetak khas untuk produk anda. Anda pilih saiz, jenis material, ketebalan (GSM), struktur die-cut dan finishing — kemudian design dicetak terus pada kotak tersebut.
Ini berbeza dengan kotak siap (ready-made) yang dijual dalam saiz standard. Kotak custom muat tepat dengan produk anda, membawa jenama anda, dan nampak retail-ready di rak kedai atau dalam unboxing pelanggan.
Kebanyakan jenama Malaysia beralih ke kotak custom apabila mula masuk retail, jual di marketplace, atau bila packaging sedia ada nampak tak sepadan dengan harga produk.
Jenis kotak yang kami cetak
Kami hasilkan pelbagai struktur die-cut mengikut bentuk dan berat produk anda.
| Struktur | Nama Bahasa | Sesuai untuk |
|---|---|---|
| Semi-auto lock bottom | Kotak kunci bawah separa auto | Botol, produk berat, supplement |
| Tuck end box | Kotak tuck end | Kosmetik, skincare, produk ringan |
| Sleeve box | Kotak sleeve / sarung | Doorgift, gift set, hampers |
| Mailer box | Kotak surat / mailer | E-commerce, penghantaran |
| Rigid box | Kotak keras / rigid | Minyak wangi, produk premium |
| Window box | Kotak tingkap | Produk yang perlu dilihat |
| Corrugated box | Kotak bergelombang | Produk berat, kotak luar |
| Envelope style | Kotak gaya sampul | Aksesori nipis |
Tak pasti struktur mana sesuai? Hantar gambar dan ukuran produk anda melalui borang sebut harga — kami cadangkan struktur yang paling jimat dan paling kukuh untuk produk itu.
Material kotak & ketebalan (GSM)
Pilihan material menentukan rupa, kekuatan dan kos kotak anda.
| Material | Rupa & kegunaan | GSM |
|---|---|---|
| Art Card | Permukaan licin, warna cetak paling tajam. Paling popular. | 250 / 300 / 350 / 400gsm |
| Kraft Card | Coklat semula jadi, look eco-friendly | 250 / 300 / 350 / 400gsm |
| Black Card | Hitam pekat, sesuai jenama mewah | 250 / 300 / 350 / 400gsm |
| Silver Foil Card | Kilauan metalik perak, premium | 300 / 350 / 400 / 450gsm |
| Grey BoxBoard | Depan boleh cetak, belakang kelabu. Kos efektif. | 300 / 350 / 400 / 450gsm |
| Flute Corrugated | Bergelombang, paling kukuh | A / B / C / E Flute |
Cara pilih ringkas: produk ringan pilih 250–300gsm. Produk sederhana 300–350gsm. Produk berat atau kotak besar pilih 400gsm atau E-Flute corrugated.
Pilihan finishing kotak
Finishing ialah sentuhan akhir yang buat kotak nampak premium.
- Spot UV — lapisan berkilat pada bahagian tertentu sahaja, biasanya logo. Paling ketara atas permukaan matte.
- Hot Foil Stamping — foil metalik emas, perak, rose gold, merah, biru. Popular untuk minyak wangi dan produk hadiah.
- Embossed (Timbul) — kesan 3D timbul. Sesuai untuk logo dan corak.
- Debossed (Tenggelam) — kesan tenggelam ke dalam. Look minimalis dan halus.
- Spot UV + Embossed — gabungan timbul dan berkilat.
- Foil + Embossed — gabungan foil metalik dan kesan timbul. Paling mewah.
- Matte / Gloss Lamination — matte untuk look lembut moden, gloss untuk warna lebih pekat dan berkilat.
- Texture Pressing — corak bertekstur yang boleh dirasa pada permukaan kotak.
Cetak kotak ikut jenis produk
Setiap jenis produk ada keperluan struktur dan material yang berbeza. Klik kategori anda untuk maklumat lanjut.
- Cetak kotak tudung & shawl
- Cetak kotak kosmetik
- Cetak kotak skincare
- Cetak kotak serum & essence
- Cetak kotak minyak wangi
- Cetak kotak sambal
- Cetak kotak produk kesihatan & supplement
- Cetak kotak kopi & teh
- Cetak kotak madu & kelulut
- Cetak kotak baju
- Cetak kotak doorgift kahwin
Produk anda tiada dalam senarai? Kami cetak untuk hampir semua kategori — Hubungi kami dengan gambar produk anda.
Harga cetak kotak & MOQ
Kami tidak jual kotak pada harga senarai tetap, kerana setiap kotak berbeza saiz, material dan finishing. Harga anda ditentukan oleh empat faktor:
- Saiz kotak — semakin besar, semakin banyak material digunakan
- Jenis material dan GSM — Art Card, Kraft, Silver Foil dan Corrugated berbeza kos
- Kuantiti — harga per unit turun apabila kuantiti naik
- Finishing — Spot UV, hot stamping dan emboss setiap satu ada kos tambahan
Semua kos dipecahkan dalam quotation. Tiada caj tersembunyi.
MOQ
MOQ kami 500 pcs per saiz, per design. Ini kerana setiap projek memerlukan die block dibuat khas untuk struktur kotak anda — kos die block sama sahaja untuk 100 kotak atau 500 kotak, jadi 500 pcs adalah titik di mana harga per unit mula masuk akal untuk anda.
Sample sebelum production penuh
Kalau anda nak sahkan saiz, kekuatan dan hasil cetakan dahulu, kami sediakan sample berbayar:
| Sample | Harga | Termasuk |
|---|---|---|
| Plain White Structural Sample | RM188 | 10 pcs, satu saiz, satu struktur, tanpa cetakan |
| Printed & Laminated Sample | RM288 | 10 pcs, satu saiz, satu struktur, bercetak penuh |
Sample adalah perkhidmatan berbayar atas permintaan.
Kos design
Kalau anda belum ada artwork:
- RM88 — Artwork Adaptation (anda dah ada design, kami sesuaikan ke dieline)
- RM188 — Full Packaging Layout (kami susun keseluruhan layout kotak)
- dari RM688 — Creative Concept (design konsep baru dari kosong)
Anda approve proof bertulis sebelum apa-apa dicetak.
Berapa lama masa siap?
Production standard: 21 hari bekerja selepas final artwork approval bertulis dan pengesahan slot production.
Priority production: 10 hari bekerja — tertakluk kepada slot yang ada, dengan surcaj segera.
Masa courier dikira berasingan selepas kotak siap dan ditimbang.
Kenapa 21 hari? Kotak custom bukan cetakan digital. Setiap projek perlu die block dibuat khas, cetakan offset, laminasi, finishing, die-cut dan gluing — setiap satu proses berasingan. Kami beri tarikh yang kami boleh tunaikan, bukan tarikh yang sedap didengar.
Kalau anda ada tarikh launching, beritahu kami awal supaya kami boleh susun slot.
Cara tempah — 6 langkah
- Sebut harga (Quotation) — beritahu saiz kotak dan kuantiti, kami kira harga terbaik
- Invoice & deposit — deposit mengesahkan order dan mengunci slot production anda
- Proses design — team designer BOXCO sediakan artwork kotak untuk approval anda
- Production printing — kami buat die block dan mula cetak kotak anda
- Baki bayaran — selepas kotak siap, kami minta baki
- Penghantaran atau self-pickup — hantar melalui courier, atau ambil sendiri di BOXCO Pontian
Spesifikasi artwork
Kalau anda hantar design sendiri, ikut spesifikasi ini supaya hasil cetakan tepat:
- Format fail: Adobe Illustrator (.ai) atau PDF (.pdf) — fail vector
- Bleed: 3mm pada semua sisi
- Safe area: letak teks dan logo 3–5mm ke dalam dari garisan potong
- Resolusi gambar: 300 dpi pada saiz cetakan sebenar
- Teks: convert ke Create Outlines supaya font tidak berubah
- Elak letak elemen penting berhampiran garisan lipatan atau potongan
Kami akan bekalkan dieline template untuk struktur kotak anda. Jangan flatten dieline tersebut. Kalau anda tak pasti, hantar fail kepada kami — kami semak dahulu sebelum cetak.
Kenapa pilih BOXCO?
- Berpanduan dari mula hingga siap — structure advice, design, semakan artwork, urus production, delivery. Satu rakan, satu quotation berpecah, satu point of contact.
- Quotation telus — semua kos dipecahkan. Tiada caj tersembunyi.
- Sample sebelum commit — sahkan fit dan hasil cetakan dengan sample berbayar sebelum production 500 pcs.
- Penghantaran Malaysia & Singapura — terus ke pintu anda.
- Kilang sendiri di Pontian, Johor — BOXCO adalah jenama di bawah ADCO Factory.
Soalan lazim
Berapa MOQ untuk cetak kotak custom?
MOQ BOXCO ialah 500 pcs per saiz dan per design. Kuantiti ini diperlukan kerana setiap projek memerlukan die block khas.
Berapa harga cetak kotak?
Harga bergantung pada saiz kotak, material, kuantiti dan finishing. Setiap projek diberi quotation berasingan yang memecahkan semua kos. Hubungi kami dengan saiz dan kuantiti untuk sebut harga.
Boleh saya order kurang dari 500 pcs?
Untuk production penuh, tidak. Tetapi anda boleh ambil sample berbayar dahulu — RM188 untuk 10 pcs plain white, atau RM288 untuk 10 pcs bercetak penuh.
Berapa lama proses cetak kotak?
Production standard 21 hari bekerja selepas artwork approval bertulis. Priority production 10 hari bekerja tersedia tertakluk slot, dengan surcaj. Courier dikira berasingan.
Material apa paling popular?
Art Card paling ramai pilih kerana permukaan licin dan warna cetak tajam. Kraft Card untuk look eco-friendly. E-Flute Corrugated untuk produk berat.
Saya tiada design — boleh BOXCO tolong?
Boleh. Design package bermula RM88 (Artwork Adaptation), RM188 (Full Packaging Layout), atau dari RM688 (Creative Concept). Anda approve proof sebelum cetak.
Format fail apa yang diperlukan?
Fail vector Adobe Illustrator (.ai) atau PDF (.pdf), dengan bleed 3mm, teks convert ke outlines, dan gambar 300dpi pada saiz sebenar.
BOXCO hantar ke mana?
Seluruh Malaysia dan Singapura. Kotak lipat dihantar rata (flat) untuk jimat kos penghantaran.
Lokasi & hubungi kami
BOXCO — jenama di bawah ADCO Factory
Pontian, Johor, Malaysia
WhatsApp: 016-610 9258
Kami melayani jenama di seluruh Malaysia dan Singapura. Untuk pelanggan sekitar Pontian, Johor Bahru dan selatan Johor, self-pickup tersedia.
Read this in English: Custom Box Printing Malaysia