Cetak Kotak Kosmetik Custom Malaysia
Kotak kosmetik custom dicetak khas mengikut saiz produk anda — lipstik, foundation, compact powder, palette atau brush set. BOXCO menguruskan struktur, design dan cetakan supaya setiap SKU dalam range anda nampak konsisten dan retail-ready.
MOQ 500 pcs per saiz, per design.
Cabaran utama kotak kosmetik: banyak SKU, banyak bentuk
Jenama kosmetik jarang ada satu produk sahaja. Anda mungkin ada lipstik yang tinggi dan kurus, compact yang rata dan lebar, dan palette yang besar dan nipis — semuanya perlu nampak satu keluarga di rak.
Ini bermakna dua perkara untuk packaging anda:
- Setiap saiz adalah design berasingan. MOQ 500 pcs dikira per saiz per design, bukan jumlah keseluruhan. Tiga SKU bermakna tiga kali 500 pcs.
- Design perlu sistem, bukan satu layout. Kami sarankan satu bahasa visual — warna, kedudukan logo, jenis finishing — yang diulang merentas semua saiz. Ini lebih murah dari mendesign setiap kotak dari kosong, dan lebih kuat di rak.
Struktur kotak untuk produk kosmetik
| Produk | Struktur disyorkan | Nota |
|---|---|---|
| Lipstik, mascara, eyeliner | Tuck end tinggi & kurus | Perlu insert supaya produk tak bergoyang |
| Compact powder, blusher | Tuck end rata | Kotak nipis, mudah dicetak penuh |
| Palette eyeshadow | Sleeve box atau tuck end lebar | Sleeve nampak lebih premium |
| Brush set | Kotak laci atau rigid box | Berat lebih, perlu material tebal |
| Gift set / bundle | Rigid box dengan insert | Untuk kempen raya atau hadiah |
Material & finishing untuk kotak kosmetik
Material: Art Card 300–350gsm adalah pilihan majoriti jenama kosmetik. Permukaan licin memberi warna cetak paling tajam, penting untuk produk di mana warna adalah jualan. Untuk look mewah, Black Card 300gsm atau Silver Foil Card 300gsm.
Finishing popular untuk kosmetik:
- Matte lamination + Spot UV pada logo — kombinasi paling laris. Permukaan matte lembut, logo berkilat menonjol.
- Hot foil stamping emas atau rose gold — untuk range premium
- Embossed pada nama jenama — pelanggan rasa dengan jari sebelum baca
Lihat semua pilihan material dan finishing dalam panduan cetak kotak kami.
Harga, MOQ & masa siap
MOQ: 500 pcs per saiz, per design.
Harga ditentukan oleh saiz kotak, material, kuantiti dan finishing. Setiap projek diberi quotation berpecah tanpa caj tersembunyi.
Sample berbayar sebelum production penuh: RM188 (10 pcs plain white) atau RM288 (10 pcs bercetak penuh). Kami sarankan sample untuk kotak lipstik dan botol — insert perlu diuji dengan produk sebenar.
Masa siap: 21 hari bekerja standard selepas artwork approval bertulis. Priority 10 hari bekerja tertakluk slot, dengan surcaj. Courier dikira berasingan.
Soalan lazim
Boleh saya cetak 3 saiz berbeza dalam satu order?
Boleh, tetapi setiap saiz dikira sebagai design berasingan dengan MOQ 500 pcs. Tiga saiz bermakna 1,500 pcs keseluruhan. Kami boleh susun semuanya dalam satu production run dan satu penghantaran.
Kotak lipstik saya kecil — masih perlu 500 pcs?
Ya. MOQ ditentukan oleh die block yang perlu dibuat khas untuk struktur anda, bukan saiz kotak. Kos die block sama untuk kotak kecil atau besar.
Boleh letak insert supaya produk tak bergoyang?
Boleh. Kami buat insert kad atau struktur die-cut yang memegang produk. Beritahu ukuran tepat produk anda semasa sebut harga.