Cetak Kotak Skincare Custom Malaysia
Kotak skincare custom dicetak mengikut saiz balang, tiub atau botol produk anda — krim, moisturizer, cleanser, toner atau sunscreen. Selain struktur, kotak skincare perlu ruang yang cukup untuk senarai bahan, arahan penggunaan dan nombor notifikasi.
MOQ 500 pcs per saiz, per design.
Kotak skincare perlu muat teks, bukan hanya produk
Ini perbezaan terbesar antara kotak skincare dan kotak kosmetik biasa. Produk skincare di Malaysia perlu memaparkan maklumat yang agak banyak pada kotak:
- Senarai bahan (ingredients / INCI)
- Arahan penggunaan
- Nombor notifikasi KKM
- Amaran atau kaveat jika berkaitan
- Tarikh pengeluaran dan luput
- Barcode
Ramai jenama baru mendesign kotak dahulu, kemudian sedar teks tak muat. Akhirnya saiz font dikecilkan sampai tak boleh dibaca, atau kotak terpaksa dibesarkan dan kos naik.
Team design kami susun semua elemen ini pada dieline sebelum anda approve, jadi anda nampak awal sama ada teks muat dengan selesa.
Struktur mengikut bentuk produk skincare
| Bentuk produk | Struktur disyorkan | Nota |
|---|---|---|
| Balang krim (jar) | Tuck end lebar, tapak stabil | Balang berat — pilih 350gsm ke atas |
| Tiub (cleanser, sunscreen) | Tuck end tinggi & kurus | Tiub senang bergerak, pertimbang insert |
| Botol pump | Tuck end tinggi | Pump menambah ketinggian — ukur termasuk pump |
| Set 3–5 produk | Rigid box atau sleeve dengan insert | Untuk gift set atau starter kit |
| Sachet / sampel | Kotak kecil rata | Untuk kempen percubaan |
Material & finishing untuk kotak skincare
Art Card 300–350gsm — pilihan standard. Permukaan licin, cetakan tajam, dan kukuh untuk balang berat.
Kraft Card 300gsm — untuk jenama yang letak eco-friendly atau semula jadi sebagai kedudukan pasaran. Warna coklat asli, cetakan nampak lebih lembut.
Finishing: matte lamination adalah pilihan majoriti jenama skincare — memberi rupa bersih dan klinikal yang sesuai dengan kategori ini. Spot UV pada logo untuk sedikit kontras. Elakkan gloss penuh melainkan jenama anda memang cerah dan ceria.
Harga, MOQ & masa siap
MOQ: 500 pcs per saiz, per design.
Sample berbayar: RM188 (10 pcs plain white) atau RM288 (10 pcs bercetak penuh). Untuk kotak balang krim, kami sangat sarankan sample — berat balang menentukan sama ada 300gsm cukup atau perlu naik ke 350gsm.
Design: dari RM88 (Artwork Adaptation) jika anda sudah ada design, RM188 (Full Packaging Layout) jika perlu disusun dari elemen sedia ada.
Masa siap: 21 hari bekerja standard selepas artwork approval bertulis. Priority 10 hari bekerja tertakluk slot.
Soalan lazim
Boleh BOXCO susun senarai bahan dan nombor notifikasi dalam artwork?
Boleh. Hantar teks yang perlu dipaparkan, dan designer kami susun ikut ruang yang ada pada dieline. Anda approve proof bertulis sebelum cetak. Anda kekal bertanggungjawab untuk ketepatan maklumat regulatori.
Kotak saya untuk balang kaca yang berat — material apa sesuai?
Mulakan dengan Art Card 350gsm. Untuk balang melebihi kira-kira 200g, pertimbang E-Flute Corrugated. Ambil sample untuk uji dengan produk sebenar sebelum production 500 pcs.
Kraft card boleh dicetak warna penuh?
Boleh, tetapi warna akan nampak lebih lembut dan sedikit kekuningan kerana kertas coklat. Untuk warna terang dan tepat, Art Card lebih sesuai.