Cetak Kotak Madu & Kelulut Custom Malaysia
Kotak madu dan kelulut custom dicetak mengikut saiz botol atau balang madu anda. BOXCO uruskan struktur, insert dan cetakan supaya produk madu anda selamat semasa penghantaran dan nampak bernilai di rak.
MOQ 500 pcs per saiz, per design.
Balang madu berat, melekit, dan pembeli mahu rupa "asli"
Kotak madu kena selesaikan tiga perkara:
- Balang kaca yang berat. Madu dalam balang kaca membawa berat — kotak dan tapak kena kukuh, dan insert membantu balang tak bergoyang.
- Produk yang melekit. Madu boleh melekit jika terkena kotak. Beritahu kami jika balang anda berkemungkinan bocor sedikit supaya kami cadangkan struktur yang melindungi.
- Persepsi "asli". Ramai pembeli madu mengaitkan kraft dan rupa semula jadi dengan madu mentah dan tulen. Material anda menyampaikan mesej sebelum pelanggan baca label.
Struktur kotak untuk madu & kelulut
| Produk | Struktur disyorkan | Nota |
|---|---|---|
| Balang madu tunggal | Tuck end dengan tapak kukuh + insert | Insert pegang balang berat |
| Botol madu (squeeze) | Tuck end tinggi | Ukur termasuk tutup |
| Set / gift madu | Sleeve atau rigid box dengan insert | Untuk hadiah atau hamper |
| Kuantiti besar / penghantaran | Corrugated sebagai kotak luar | Lindungi balang kaca semasa transit |
Material & finishing untuk kotak madu
Kraft Card adalah pilihan semula jadi untuk madu mentah dan kelulut — warna coklat asli menyampaikan mesej "tulen". Untuk jenama madu premium, Art Card 350gsm dengan finishing mewah. Untuk kotak luar atau balang berat, E-Flute Corrugated.
Finishing: hot stamping emas atau embossed pada logo untuk look premium; matte lamination untuk look bersih dan moden. Pada Kraft, hot stamping emas memberi kontras yang menarik.
Harga, MOQ & masa siap
MOQ: 500 pcs per saiz, per design.
Sample berbayar: RM188 (10 pcs plain white) atau RM288 (10 pcs bercetak penuh). Kami sarankan sample untuk kotak balang — tapak dan insert perlu diuji dengan balang madu sebenar.
Design: dari RM88 (Artwork Adaptation), RM188 (Full Packaging Layout), atau dari RM688 (Creative Concept).
Masa siap: 21 hari bekerja standard selepas artwork approval bertulis. Priority 10 hari bekerja tertakluk slot, dengan surcaj. Courier dikira berasingan.
Soalan lazim
Kenapa Kraft popular untuk madu?
Ramai pembeli mengaitkan rupa kraft coklat dengan madu mentah dan tulen. Tetapi jika jenama anda premium, Art Card dengan hot stamping emas mungkin lebih sesuai. Ambil sample untuk lihat kedua-dua.
Balang madu saya berat — material apa sesuai?
Mulakan dengan Art Card 350gsm dan insert. Untuk balang besar atau kotak luar, E-Flute Corrugated. Uji dengan balang sebenar melalui sample sebelum production 500 pcs.
Boleh buat insert untuk botol madu?
Boleh. Kami buat insert kad atau die-cut yang memegang balang atau botol pada tempatnya. Beritahu ukuran tepat semasa sebut harga.